Parti Golongan Karya

Partai Golongan Karya (juga dikenali dengan kependekan Parti Golkar atau Golkar) merupakan sebuah parti politik di Indonesia, ia merupakan yang terbesar dari segi keanggotaan di negara tersebut. Ia bermula dengan kebangkitan Sekber Golkar oleh Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat pada akhir pemerintahan Presiden Sukarno untuk menandingi pengaruh Partai Komunis Indonesia dalam bidang politik. Dalam perkembangannya, Sekber Golkar menukarkan gelarannya kepada "Golongan Karya" dan menjadi salah satu peserta dalam pilihan raya.Dalam Pilihan raya 1971 (pilihan raya yang pertama dalam pemerintahan Orde Baru Presiden Suharto, Golongan Karya termuncul sebagai pemenang, dan kemenangan ini diulangi pada pilihan raya-pilihan raya yang seterusnya, yakni Pilihan raya 1977, 1982, 1987, 1992, dan 1997. Kejadian ini dapat dimungkinkan kerana pemerintahan Suharto membuat kebijakan-kebijakan yang sangat mendukung kemenangan Golkar, seperti peraturan monoloyalitas PNS dan sebagainya.Pada penamatan pemerintahan Suharto dan semasa reformasi bergulir, Golkar menukarkan gelarannya sekali lagi menjadi "Parti Golkar", dan untuk kali pertama, mengikuti pilihan raya tanpa apa jua bantuan seperti yang terdapat pada masa pemerintahan Suharto. Pada Pilihan raya 1999 yang diselenggarakan oleh Presiden Jusuf Habibie, perolehan Parti Golkar turun menjadi peringkat kedua. Ketidakpuasan terhadap pemerintahan Megawati menjadi salah satu sebab rakyat Indonesia mengembalikan Parti Golkar di Pilihan raya 2004. Parti Golkar sekarang dipimpin oleh Airlangga Hartanto, Ketua Umum DPP Golkar.

Parti Golongan Karya

Diasaskan 1964
Warna rasmi Kuning
Ketua Airlangga Hartanto